Kamis, 05 Agustus 2010

Menjadi Suami Teladan

Suami Teladan ialah:
- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.
- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahasia yang tidak disenangii sterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.
- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.
- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumah tangga. 
Ciri-ciri Suami Teladan
- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
- suami yang bersikap mau memaafkan atas kesalahan isterinya.
Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
f.  Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g. Jangan menghina isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
i.  Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
j.  Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang sesuai kemampuan
k. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
l.  Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
m.Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

1 komentar:

  1. Ya Allah...!!! Subhanallah...!!! Amiinn...!!! semoga smua itu ad pada diri u yank...!!!! love u...!!!

    BalasHapus

Si Pitung